Selamat berjumpa lagi…

Ok..kita sambung pasal SEO  untuk blog wordpress

Opp..jap..nampaknya blog saya hari ini untuk keyword “teknik bisnes online” dah naik ke no 7 di 1st page dekat google search enjin..huhuhu

jom sambung…

Teknik #5: Mengubah Permalink

Permalink ialah link yang dapat anda lihat di “address bar” browser anda apabila anda klik pada tajuk artikel. Sebagai contoh, sebelum anda membuat optimisasi pada Permalink blog anda, setiap link artikel anda akan kelihatan seperti berikut

http://namabloganda.com/?r=1234

Link di atas tidak dapat membantu meningkatkan SEO blog anda. Ada satu cara yang baik yang dapat membantu enjin carian mengesan artikel anda apabila seseorang membuat carian iaitu dengan mengubah link-link pada artikel blog anda kepada bentuk yang mesra enjin carian. Lihat contoh di bawah.

http://namabloganda.com/seo-wordpress-untuk-beginner.html

Jika anda perhatikan, link di atas lebih mesra enjin carian kerana mengandungi keyword “seo wordpress” pada link tersebut. Enjin carian selalu melihat pada link laman web terlebih dahulu untuk menentukan kedudukan carian. Oleh itu, pastikan anda mengubah Permalink anda kepada format yang sesuai. Ikut langkah di bawah untuk mengubah permalink anda.

1. Login ke blog anda dan pergi ke bahagian Settings

2. Klik Permalink dan pergi ke bahagian berikut. Secara default, setting permalink anda ialah Default.

3. Pilih Custom Structure dan isi ruang seperti berikut

 

4. Klik butang Save Changes

5. Selepas anda save setting ini, pergi ke bahagian bawah sekali page dan anda akan dapat melihat kod Mod_Rewrite seperti di bawah. Copy keseluruhan kod di bawah dan paste ke notepad.

6. Simpan fail ini sebagai .htaccess dengan cara Save As fail notepad tadi, pilih File Type = All File, File Name = .htaccess

7. Muat naik fail .htaccess ini ke direktori utama blog anda. Lihat contoh di bawah

Selesai! Kini anda boleh cuba klik pada tajuk artikel di blog anda dan lihat url artikel tersebut berubah menjadi lebih mesra enjin carian.

 

Teknik #6: Mengoptimisasi Keyword Post

Teknik keenam ini mudah dilakukan. Setiap kali anda membuat posting di blog anda, pastikan anda mengenalpasti keyword utama bagi post anda. Dapatkan keyword yang popular di http://freekeywords.wordtracker.com dahulu dan selepas itu gunakan keyword tersebut untuk menulis artikel anda. Tujuan utama anda ialah mendapat traffik untuk setiap post atau artikel anda, jadi keyword adalah amat penting di sini. Pastikan keyword anda adalah popular barulah ada pelawat yang datang daripada enjin carian memasuki blog anda.

Tips! Pastikan peratusan keyword density di artikel yang anda tulis adalah di antara 4% - 5% untuk hasil SEO yang lebih baik. Untuk membuat pengiraan peratusan keyword density, gunakan formula berikut

Total Keyword / Total Words = % of keyword density

Oleh kerana anda telahpun memasang plugin All In One SEO Pack di blog anda, gunakan tool ini untuk memasukkan keyword-keyword anda di bahagian berikut semasa melakukan posting.

 

ok…siap

 

Perkara-perkara yang perlu dielakkan;

Perkara-perkara berikut yang sama sekali tidak membantu SEO sesuatu blog, atau bahkan mengganggu SEO, yaitu :

1. Memasang Background musik
Hal ini akan menganggu loading website anda. Kecuali anda memang membuat web perniagaan musik mp3 atau sebagainya

2. Memasang banyak animasi flash
Google tidak memahami isi dalam file flash, jadi percuma anda memasangnya, Jika satu halaman penuh blog anda berisi flash, maka google bot melihatnya sebagai halaman yang kosong….

3. Memasang javascript animasi berlebihan
Jika javascript yang anda pakai hanya berupa Hiasan saja, maka sebaiknya anda hapuskan saja,karena javascript tidak compatible dengan semua web browser, bahkan kadang-kadang membuat browser crash/error!

4.Memasang widget chatting, kalender atau jam
Widget chatting,kalender dan jam memang berguna memanjakan pengunjung kita, tetapi widget tersebut tidak SEO friendly

…hehehe apa-apa pun terpulang kepada anda…pilihan ditangan anda.